Daisypath Vacation tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 3 February 2014

Assalamualaikum...

Bulan Februari sudah ye kawan-kawan..
Cepat benar masa berlalu...
Cepat juga kita menghampiri tarikh kematian kita...

Sedar tak sedar, dekat 2 minggu juga nura sudah habiskan cuti di rumah...
sedar tak sedar, beberapa minggu lagi result akan keluar...
sedar tak sedar, sebulan lagi semester baru akan bermula...

Baru-baru ni sepupu ibu bertunang di JB...
perjalanan selama 2 hari terasa penatnya...
yang lucunya.. KB lagi jauh dari JB..
tapi diri ini merasa JB lagi jauh...
mungkin kerana KB sudah dekat di hati... hehe >,<

yang seronoknya...semua dapat berkumpul..
dapat juga jumpa cousin yang berbulan-bulan tak jumpa memandangkan semua sibuk..

berfikir sama ada ingin sambung belajar atau bekerja...
tik..tik..tik...
masa terus berjalan.
harap dapat tetapkan pendirian sebelum tamat pengajian.

teringat tadi pergi sekolah rendah nura dahulu...
macam-macam perasaan timbul...
sedangkan banyak memori yang tak ingat...
tapi yang pasti nura bahagia dan gembira pernah bersekolah di situ..

sekejap je...sekejap je...masa berlalu...


No comments: