Apa khabar? semoga semua sihat-sihat sahaja. Entry ni dah lama aku nak post, tapi disebabkan sesuatu hal yang tak dapat elakkan, so lambat la nak menaip ni..huhu (alasan ke, ikut ampa la nak fikir apa..)
Okey, ni untuk sesiapa yang ada penyakit gastrik, for those yang tak ada pun bolehlah amalkan juga, ikut petua yang aku dapat ni. Sebabnya, kadang-kadang ni bila korang tak jaga cara pemakanan, korang pun boleh dapat penyakit ni. Seriously aku cakap, so kita sama-sama kena jaga kesihatan badan kita, k. Most importantly, Allah SWT pinjamkan kita badan ni untuk kemudahan kita, so kita kena jaga baik-baik. Semua yang ada pada kita ni, milik Allah bukannya hak kita. Ingat tu!
Yang aku dapat dari doktor dulu, dia selalu nasihatkan kita kena jaga makan, setiap 4/5 jam kena makan walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Asalkan kerap, so sentiasa bawa bekalan biskut or roti dalam beg korang. Jangan bagi perut korang kosong je...then, bila dah berbunyi baru nak cari makanan. Janganlah sampai macam tu ya.
Korang pun tak digalakkan makan-makanan pedas, lebih-lebih lagi time breakfast tu... Dah berapa kali aku kena marah. huhu... contohnya macam nasi lemak, mee goreng. Yang paling penting, banyakkan minum air suam or susu. Tak kisahla susu apa pun. Jiran aku cakap, dulu masa dia sakit, dia buat nesvita time sarapan dan sekarang dia dah sihat, alhamdulillah. So, korang cuba-cuba lah jugak.
Tambahan, kalau boleh jgn minum air yang berasid seperti air oren, sirap limau dan sebagainya......
Semoga apa yang kita ikhtiarkan untuk sihat kembali berhasil. Sesungguhnya sakit tu nikmat. Tidak semua dapat sakit tu, ketika sakit janganlah kita mengeluh tapi minta keampunan pada-Nya, dekatkan kan diri pada-Nya. Insya-Allah.. Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya.
No comments:
Post a Comment